Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang sayapaparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.
Ceritanya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat kesekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.
Pada mulanya sayah anya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa.
Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.
Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .
Airmata saja yangjatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.
Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.
Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.
Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai didepan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan.
Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu darijauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”Dia terkejut dan wajahnya berubah.“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukulkamu?”” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kitapada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkancikgu, …….”
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru,sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah
Sekian
Tuesday, November 24, 2009
Monday, November 16, 2009
Antara 3
Di dalam sebuah kelas, seorang cikgu tadika bertanyakan satu soalan,
" Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"
Adik Mat mengangkat tangan dan menjawab soalan tersebut,
"Kosong cikgu".
"Kenapa kosong Mat?" Tanya cikgu.
"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."
"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat. 3 tolak 1 sama dengan 2.
Tapi cikgu suka cara kamu berfikir". Habis kelas, cikgu dengan ikhlas dan murah hatinya belanja Adik Mat makan aiskrim.
Adik Mat yang sedang menjamu aiskrim itu tiba-tiba bertanya,
"Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim.
Sorang tu style makan telan semua sekaligus.Yang sorang lagi gigit sikit-sikit. Perempuan yang last sekali jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Antara 3 orang perempuan tu, cuma seorang saja dah kahwin. Yang mana satu cikgu?"
Tergamam cikgu apabila mendengar soalan Adik Mat tu! Tapi cikgu tetap maintain cool jerk. Dengan berlagak neutral cikgu pun menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot yang dah kahwin".
"Salah cikgu! Yang pakai cincin kahwin la yang dah kahwin. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir."

5 Perkara
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1:Wajah yang cantik
2: Duit yang banyak
3:Kesihatan yang baik
4:Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.
Kata Nabi Muhammad S.A.W;
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan
siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan
barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan
siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan
barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.
(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat ) ' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

Wednesday, November 4, 2009
Kes Dr Mohd Asri
Salam semua
Paksu rasa kita sebagai umat Islam guna telinga untuk mendengar, guna otak untuk berfikir bersujudlah kita pada yang Esa, harap di beri pertunjuk kepada kita.
Kita jangan terlalu taksub pertikai JAIS atau membela Ustaz. Kita mesti ingat kita tinggal bersama orang-orang bukan Islam di negara ini. kita mesti tunjukkan cara terbaik untuk menyelesaikan perkara, bukan tuduh menuduh.
Paksu harap media cetak memain peranan penting untuk menyelasaikan perkara ini. Hebahkan perkara yang tepat , Islam tu sempurna. bukan rekaan.
Salam

Subscribe to:
Posts (Atom)