Paksu nak sentuh sikit la pasal perkhidmatan bas untuk orang awam ni.
Paksu tinggal di JB
Nak komen sikit pasal perkhidmatan bas kat sini
Kadang-kadang paksu naik bas pergi kerja. Perkhidmatan sangat menyedihkan. Dah 10 tahun paksu tinggal di JB.
Setiap tahun paksu dengar kerajaaan nak berusaha naik tarafkan perkhidmatan bas awam tapi semangat yang ditunjukkan oleh pak menteri tak sama yang paksu nampak pada syarikat bas.
Semua orang awam dapat merasa ke kemudahan ini ke? rasanya tak. Bas tak masuk kawasan yang tak bawak untung. Area rumah paksu pun takde bas. Kena naik teksi, itu pun kalau dia nak pergi. kalau dekat sangat dia pun tak sudi. Teksi, tak pakai meter, dia punya tambang ikut rasa hati.
Ada kawasan ada bas tapi entah lah berapa jam satu. buatlah bas mini aje untuk sambungkan ke jalan utama. jimat kos rasanya.
Di bandar , bas berebut penumpang. mana tak nya, yang paksu nampak lebih satu syarikat bas ikut jalan yang sama. Tak boleh ke disusun jadual perjalanan untuk semua bas dan tempat yang dituju. Boleh jimatkan masa, tak lah ambik merasa berjam jam baru nak sampai rumah. bas selagi tak penuh tak nak jalan.
Tambang bas. elok rasanya buat macam touch n go. tak lah susah mencari duit syiling hari hari. Atau pun sediakan aje tempat tukar syiling kat bus stop.
Sekarang orang tak kisah mahal sikit asalkan selesa. Zaman sekarang orang sanggup bayar lebih kalau selesa.
Pada pendapat paksu lah , dapat jugak kurang kereta di jalan raya kalau rangkaian bas kat sini nombor satu.
Kalau nak seribu daya
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment